SEMAK BAKI DALAM MYKAD – BAYARAN SARA BULANAN
Seramai lebih 8.1 juta penerima disarankan untuk menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan secara bulanan dalam MyKad setiap bulan sebelum tamat tempoh. Jika penerima masih mempunyai baki dalam MyKad, baki tersebut akan ditarik balik jika tidak digunakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak baki dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BUDI95 : KELAYAKAN & BAKI TERKINI
PENGIRAAN BAKI DALAM MYKAD
Jika penerima tidak pernah menggunakan Bantuan SARA Bulanan, baki yang ada dalam MyKad boleh dikira seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| ISI RUMAH SARA DAFTAR E-KASIH | ISI RUMAH SARA BUKAN E-KASIH |
|---|---|
| Kredit : RM200 setiap bulan | Kredit : RM100 setiap bulan |
| Baki Terkumpul Kini : RM1,000 (Mei) | Baki Terkumpul Kini : RM500 (Mei) |
| Keseluruhan 2026 : RM2,400 setahun | Keseluruhan 2026 : RM1,200 setahun |
- Kategori Warga Emas :
| WARGA EMAS SARA DAFTAR E-KASIH | WARGA EMAS SARA BUKAN E-KASIH |
|---|---|
| Kredit : RM150 setiap bulan | Kredit : RM50 setiap bulan |
| Baki Terkumpul kini : RM750 (Mei) | Baki Terkumpul kini : RM250 (Mei) |
| Keseluruhan 2026 : RM1,800 setahun | Keseluruhan 2026 : RM600 setahun |
- Kategori Bujang :
| BUJANG SARA DAFTAR E-KASIH | BUJANG SARA BUKAN E-KASIH |
|---|---|
| Kredit : RM100 setiap bulan | Kredit : RM50 setiap bulan |
| Baki Terkumpul kini : RM500 (Mei) | Baki Terkumpul kini : RM250 (Mei) |
| Keseluruhan 2026 : RM1,200 setahun | Keseluruhan 2026 : RM600 setahun |
SEMAK BAKI DALAM MYKAD
Namun, jika penerima pernah menggunakan Bantuan SARA untuk beli barang keperluan asas, baki yang ada dalam MyKad boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Laman web rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian ‘Semak Kelayakan’.
- Isikan ruangan ‘No.MyKad*’ dengan nombor kad pengenalan anda.
- *Ikut format : tanpa sengkang – dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 900229012345
- *Ikut format : tanpa sengkang – dan tanpa <jarak>.
- Sahkan anda bukan robot dengan tandakan :
- [ / ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki Bantuan SARA dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 250.00 |
JADUAL PENGGUNAAN BAKI DALAM MYKAD
Berikut adalah jadual pengkreditan Bantuan SARA Bulanan, tempoh penggunaan dan tarikh tamat tempoh penggunaan baki dalam MyKad yang ditetapkan untuk tahun 2026 :
| TARIKH KREDIT SETIAP BULAN | TEMPOH PENGGUNAAN | TARIKH TAMAT TEMPOH |
|---|---|---|
| 9 – 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 bulan (Januari – Disember) | 31 Disember 2026 |
CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD
Tidak tahu cara guna Bantuan SARA dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap cara mudah untuk guna Bantuan SARA di premis terpilih :
- Kunjungi premis terpilih yang berdaftar dengan Bantuan SARA :
- Senarai premis – https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list.
- Barang keperluan asas perlu dipilih berdasarkan label ‘Sumbangan Asas Rahmah’ pada rak tanda harga.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
- Juruwang akan nyatakan baki yang ada dalam MyKad.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih mengikut had baki yang ada.
- Transaksi pembelian akan disahkan guna MyKad.
- MyKad anda akan diserahkan bersama resit bayaran.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami merujuk segala maklumat di atas daripada Portal Rasmi SARA. Jika tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di talian dan e-mel seperti berikut :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.