SEMAK STR FASA 3 : (2025) CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan bertambah dari semasa ke semasa (setiap fasa) kerana pihak Kerajaan telah membuka portal permohonan sepanjang tahun supaya lebih ramai rakyat dapat menerima bantuan kewangan dengan sewajarnya termasuk bayaran Fasa 3.
Bagaimanakah semak STR Fasa 3? Ikuti panduan lengkap semakan di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH SARA ONLINE TERKINI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Ketua Isi Rumah merupakan Warganegara Malaysia;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau sehingga RM5,000 (M40).
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga emas merupakan Warganegara Malaysia;
- Tiada pasangan / balu / janda / duda (tiada anak);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Warga Emas bawah RM5,000 sebulan.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun (Bujang OKU berumur 19 tahun ke atas);
- Pendapatan bujang bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3
Pemohon boleh mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 melalui semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar Fasa 3 :
KATEGORI PENERIMA | AMAUN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah B40 | RM150 sehingga RM650 (bergantung jumlah anak) |
Isi Rumah M40 | RM100 sehingga RM300 (bergantung jumlah anak) |
Warga Emas | RM150 |
Bujang | RM150 |
TARIKH STR FASA 3 2025
Berikut merupakan anggaran tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Akhir Julai sehingga Ogos 2025 |
Penerima Baharu | Akhir Julai sehingga Ogos 2025 |
*Sekiranya Pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah menyatakan secara rasmi tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, pihak kami akan kemaskini tarikh di atas.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.