SEMAKAN MYKASIH ONLINE APP : 2025 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Status kelayakan penerima dan bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak secara dalam talian melalui aplikasi MyKasih, tanpa memerlukan urusan secara fizikal, menjadikan proses semakan lebih mudah dan cepat.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sumbangan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: JADUAL BAYARAN STR 2025 FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SIAPAKAH LAYAK MYKASIH 2025 TERKINI
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
KAEDAH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH ONLINE 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Aplikasi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK MYKASIH 2025 DI ONLINE APP
Semakan Status Layak atau Tidak serta Bayaran Secara Online App adalah seperti berikut:

- Muat turun (Dowload) aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android);
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Kemudian, klik pada butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda. (Contoh : 123456789)
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN KADAR BAYARAN MYKASIH 2025 ONLINE
Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Lulus STR & Berstatus eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
---|---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan | RM200/bulan | RM2100 Setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan | RM150/bulan | RM1,650 Setahun |
Bujang | RM50/bulan | RM50/bulan | RM600 Setahun |
- Lulus STR & BUKAN eKasih
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN SESI 1 (JANUARI – MAC) | AMAUN BAYARAN SESI 2 (APRIL – DISEMBER) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
---|---|---|---|
Isi Rumah | – | RM100/bulan | RM900 Setahun |
Warga Emas Tiada Pasangan | – | RM50/bulan | RM450 Setahun |
CARA PENYALURAN BAYARAN MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak secara bulanan khusus untuk penerima membeli Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).
CARA GUNA DUIT MYKASIH 2025
Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara