SEMAKAN ONLINE STATUS EKASIH : (2025) SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Individu yang berdaftar serta tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan secara automatik layak untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan amaun yang tertinggi, iaitu bermula RM600 sehingga RM2,100.
Bagaimanakah semakan online status eKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN JPT UPU : SEMAK STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
AMAUN BANTUAN SARA EKASIH
Berikut merupakan amaun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima eKasih :
- RM2,100 setahun diberikan kepada kategori Isi Rumah;
- RM1,650 setahun diberikan kepada kategori Warga Emas;
- RM600 setahun diberikan kepada kategori Bujang.
TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA EKASIH
Bantuan SARA diagihkan secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
SEMAKAN ONLINE STATUS EKASIH
Status pendaftaran eKasih boleh disemak secara online melalui pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
eKasih | https://ekasih2.icu.gov.my |
- Halaman utama Portal Rasmi eKasih akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian, masukkan kod Captcha dengan betul mengikut yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Untuk Carian].
- Status keputusan pendaftaran akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN ONLINE STATUS MYKASIH
Kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih boleh disemak secara online melalui pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.