SARA MYKASIH SENARAI BARANG 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

SARA MYKASIH SENARAI BARANG 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai dilaksanakan bagi memastikan golongan yang memerlukan menerima bantuan secara langsung dalam bentuk barangan keperluan asas untuk kelangsungan hidup seharian.

Apakah senarai barang sara mykasih lulus guna bantuan mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK BARANG SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH KREDIT SARA MYKASIH 2025

Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah seperti berikut:

  • Lulus STR & Berstatus eKasih (Penerima Sedia Ada)
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulanRM200/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM100/bulanRM150/bulan
BujangRM50/bulanRM50/bulan
  • Lulus STR & BUKAN eKasih (Penerima Baharu)
KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
SESI 1
(JANUARI – MAC)
AMAUN BAYARAN
SESI 2
(APRIL – DISEMBER)
Isi RumahRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM50/bulan

KEGUNAAN KREDIT SARA MYKASIH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA DAPATKAN BARANG SARA MYKASIH 2025

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima membuat pembelian barang asas menggunakan MyKad seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG SARA MYKASIH LULUS BAYARAN GUNA MYKAD

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad):

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian
13 KATEGORI BARANGAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment