SEMAKAN SARA 2025 (BANTUAN MYKASIH ONLINE)
Untuk makluman anda, dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.
Bantuan ini bakal disalurkan kepada pemohon yang layak mengikut kategori syarat kelayakan yang ditetapkan, dengan anggaran sembilan juta penerima atau sekitar 60 peratus penduduk dewasa di negara kita. Menurut beliau juga, sebanyak 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima pada tahun 2024.
Bagaimanakah semakan sara mykasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS STR 2025 (BANTUAN ONLINE)
APA ITU BANTUAN SARA 2025
SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah. Ia merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025.
Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan, di kedai runcit yang terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang Sumbangan Asas Rahmah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAKAN SARA 2025 ONLINE
Semakan status dan kelayakan bantuan SARA online adalah melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Aplikasi MyKasih
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Program SARA 2025 bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025, kepada penerima STR 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat.
Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN SARA 2025
Kadar bantuan SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan untuk semakan anda adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
KAEDAH BAYARAN
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad, iaitu sebanyak RM 100 sebulan bagi kategori isi rumah dan warga emas tanpa pasangan, RM 50 bagi kategori bujang. Bayaran ini akan diberikan dalam tempoh 12 bulan, dimana penerima akan menerima bantuan ini setiap bulan. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis dengan menggunakan MyKad.
Kaedah pembayaran ini membolehkan penerima membeli barang keperluan asas terpilih seperti makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini. Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.