SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN SUMBANGAN SARA MYKASIH : (2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 diperluaskan kepada 5.4 juta penerima STR termasuk bukan kategori eKasih dan akan disalurkan setiap bulan dengan kadar mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak sumbangan sara mykasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH MASUK BANTUAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH PENERIMA SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  3. Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

JUMLAH KREDIT SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

PENERIMA
BERSTATUS EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Isi Rumah
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
RM50/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)

CARA KREDIT SUMBANGAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN KEPADA PENERIMA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima secara bulanan sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200 membolehkan penerima membuat pembelian 14 Kategori Barangan Keperluan asas yang diluluskan di pasar raya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan kredit SARA (MyKad).

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025 ONLINE

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian Klik [Semak Status].
  5. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  6. Selesai.

Di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

CARA GUNA KREDIT SUMBANGAN SARA MYKASIH 2025

Penerima boleh menggunakan kredit SARA eKasih untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment