LOGIN UPU POCKET 2025 : SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
UPU Pocket adalah merupakan sebuah aplikasi yang dibangunakan dan dikendalikan oleh Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) secara percuma untuk semua pelajar dan ibubapa yang boleh diakses untuk semakan dan sebagainya dengan lebih mudah dan cepat.
Bagaimanakah login UPU Pocket? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS KELAYAKAN MYKASIH : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG (RM600 & RM900 & RM2100
MUAT TURUN APLIKASI UPU POCKET 2025
Aplikasi UPU Pocket boleh dimuat turun secara percuma melalui :
- Google Play bagi pengguna Android; atau
- App Store bagi pengguna iOS.
FUNGSI UPU POCKET 2025
Berikut merupakan fungsi UPU Pocket yang ada dalam aplikasi :
- Semakan Status :
- Pelajar / Ibubapa boleh menyemak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan keputusan rayuan.
- e-Panduan :
- Panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya.
- Takwin :
- Kalendar dengan tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan UPU yang perlu diambil maklum.
- Aduan :
- Sekiranya pelajar mempunyai sebarang aduan, boleh kemukakan dalam UPUPocket dan akan terus menerima maklumbalas daripada UPUPocket.
- Direktori :
- Direktori Universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak Universiti / Kolej.
LOGIN UPU POCKET 2025
Berikut merupakan cara log UPU Pocket untuk semakan keputusan :
- Muat turun aplikasi UPUPocket dalam Google Play atau App Store.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Log Masuk menggunakan ID pelajar yang didaftarkan.
- Pilih menu [Semakan Keputusan Permohonan UPU].
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Keputusan permohonan UPU akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Bagi calon yang layak menerima tawaran ke Universiti Awam (UA), diwajibkan untuk membuat pengesahan ‘Setuju Terima Tawaran’. Sekiranya calon tidak mengesahkan, calon dianggap menolak tawaran.
PERMOHONAN RAYUAN UPU POCKET 2025
Pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui aplikasi UPUPocket.
Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline / UPUPocket.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- No. Tel : 03-8684 2363
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.