SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyarankan agar pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, bagi yang telah mengemukakan permohonan UPU, boleh mula membuat semakan keputusan untuk kemasukan pelajar sesi 2025/2026.
Bagaimanakah semakan keputusan UPU? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PLKN : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025
Untuk semakan keputusan UPUOnline bagi pelajar lepasan SPM dibuka dalam tempoh 10 hari sahaja, iaitu bermula pada 16 Jun 2025, Isnin (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025, Rabu (Jam 5.00 petang) sahaja.
PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025
Berikut merupakan pautan-pautan rasmi yang boleh diakses untuk semakan keputusan :
- UTM : https://jpt.utm.my/
- UUM : https://jpt.uum.edu.my/
- UNIMAS : https://jpt.unimas.my/
- UMS : https://jpt.ums.edu.my/
- UMT : https://jpt.umt.edu.my/
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2025
Ikuti panduan semakan keputusan seperti berikut :
- Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
- Contoh (pautan UTM : https://jpt.utm.my/).
- Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
- Keputusan Permohonan ‘Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
- Selesai.
PENGESAHAN KEPUTUSAN TAWARAN UPU 2025
Para pelajar yang disah ‘Layak’ untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) dalam mana-mana program bagi akademik sesi 2025/2026 perlu membuat pengsahan keputusan tawaran seperti ‘Setuju Terima Tawaran‘.
Sekiranya pelajar yang ‘Layak’ tidak membuat pengesahan penerimaan tawaran UPU dalam tempoh masa yang ditetapkan, pelajar akan dianggap menolak tawaran dan keputusan yang diberikan adalah muktamad.
PERMOHONAN RAYUAN UPU 2025
Bagi pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukkan ke Univerisiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan : https://upu.mohe.gov.my/.
Untuk permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, calon perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi terbabit tanpa melalui UPUOnline.
*Nota : Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025 (Jam 12 tengah hari) sehingga 25 Jun 2025 (Jam 5.00 petang) sahaja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- No. Tel : 03-8684 2363
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.
3nl8qj