SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Lanjutan Program MyKasih Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperluaskan kepada 75 peratus (%) penerima terbaru pada tahun ini. Seiring dengan pertambahan peruntukan, kadar penyaluran juga bertambah kepada setiap penerima.

Bagaimanakah semak status kelayakan Bantuan MyKasih SARA? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PENYALURAN SABAH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA

Pada tahun 2025, kerajaan telah meluaskan pemberian Bantuan MyKasih SARA kepada lebih ramai penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Kelayakan penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

KADAR BANTUAN MYKASIH SARA MENGIKUT STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Bantuan MyKasih SARA disalurkan dengan kadar yang berbeza mengikut status kelayakan penerima seperti berikut :

  • Penerima Status Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN MYKASIH SARA
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM2,100 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM1,650 setahun
BUJANG
(Bujang / Balu / Janda / Duda)
RM600 setahun
  • Penerima Status Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN MYKASIH SARA
ISI RUMAH
(Berpasangan / Tunggal)
RM900 setahun
WARGA EMAS
(Tiada Pasangan)
RM450 setahun

TEMPOH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA

Kerajaan telah menetapkan tempoh penyaluran Bantuan MyKasih SARA selama berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PENYALURAN
Miskin dan Miskin TegarDisalurkan selama 12 bulan
Asas Bukan MiskinDisalurkan selama 9 bulan

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SARA

Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan MyKasih SARA untuk sepanjang tahun 2025 :

TARIKH PENYALURAN
KEPADA PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
TARIKH PENYALURAN
KEPADA PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
15/01/2025
01/02/2025
01/03/2025
01/04/202501/04/2025
01/05/202501/05/2025
01/06/202501/06/2025
01/07/202501/07/2025
01/08/202501/08/2025
01/09/202501/09/2025
01/10/202501/10/2025
01/11/202501/11/2025
01/12/202501/12/2025

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA

Status kelayakan penerima Bantuan MyKasih SARA boleh disemak melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi STR.

Ikuti cara semakan status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment