TARIKH PENYALURAN SABAH 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN FASA 2
Selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dengan peruntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan dalam tempoh satu (1) tahun.
Bilakah tarikh penyaluran Sabah dan bagaimana semak status penerima? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH PENYALURAN SABAH 2025
Berikut merupakan tarikh penyaluran Bantuan Sabah (SYUKUR) untuk sepanjang tahun 2025 :
- Fasa 1 (Januari – Mac 2025) : Pembayaran bermula Februari 2025.
- Fasa 2 (April – Jun 2025) : Pembayaran bermula April – Mei 2025.
- Fasa 3 (Julai – September 2025) : Pembayaran bermula September 2025.
- Fasa 4 (Oktober – Disember 2025) : Pembayaran bermula Oktober 2025.
MEDIUM PENYALURAN SABAH 2025
Bagi memudahkan rakyat untuk menerima bantuan, kerajaan menyediakan tiga (3) medium penyaluran Bantuan Sabah (SYUKUR), iaitu :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bagi yang mempunyai akaun bank; atau
- Diberikan secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’; atau
- Dikreditkan ke dalam aplikasi e-Wallet YONO Superapp bagi yang mempunyai aplikasi tersebut.
KADAR PENYALURAN SABAH 2025
Penyaluran Bantuan Sabah (SYUKUR) adalah secara sekaligus setiap tiga (3) bulan dengan kadar sebanyak berikut :
- April RM300 + Mei RM300 + Jun RM300 = RM900 (dibayar sekaligus)
SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN SABAH FASA 2 2025
Ikuti cara semakan status penerima bayaran Bantuan Sabah (SYUKUR) fasa kedua (2) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Online Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Anda akan dibawa masuk ke Halaman Utama Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
- Untuk Semakan Status, lihat pada bahagian [Semakan Permohonan] di sebelah kiri skrin.
- Klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan ‘LAYAK’, Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my.