SENARAI BARANG MYKASIH RM100 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD
Keperluan barangan asas yang mencukupi amat penting untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, kerajaan Madani menyalurkan bantuan tambahan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ke dalam MyKad penerima bagi memastikan penerima memperoleh barangan keperluan asas yang mencukupi.
Apakah senarai barang bantuan mykasih rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BARANG MYKASIH RM100
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Penerima Sedia Ada
- Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
- Penerima Baharu
- Bukan penerima eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM100
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima untuk penerima membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
SENARAI BARANG MYKASIH 2025
Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:
- Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
- Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
- Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
- Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
- Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
- Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
- Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah

CARA BELI BARANG MYKASIH RM100 GUNA MYKAD
Barangan keperluan asas boleh didapati di kedai runcit dengan pembayaran menggunakan MyKad seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga.
- Juruwang mengimbas kod setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
Penerima SARA MyKasih hendaklah memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian dan membuat pembayaran menggunakan MyKad. - Simpan Resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 DISALURKAN DALAM MYKAD
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CHECK BAKI DUIT RM100 MYKASIH DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara