CEK STATUS MYKASIH RM100 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Rakyat dewasa di Malaysia yang merupakan penerima sah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang direkodkan pada tahun lalu akan layak menerima bantuan tambahan Sara MyKasih setiap bulan pada tahun ini.
Bagaimanakah cek status MyKasih RM100? Ikuti Panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOG MASUK BANTUAN SABAH : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 RM900
TARIKH PENERIMAAN MYKASIH RM100 2025
Penerimaan pengkreditan Bantuan MyKasih adalah setiap bulan mengikut pada tarikh seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu)
- 01/02/2025 (Sabtu)
- 01/03/2025 (Sabtu)
- 01/04/2025 (Selasa)
- 01/05/2025 (Khamis)
- 01/06/2025 (Ahad)
- 01/07/2025 (Selasa)
- 01/08/2025 (Jumaat)
- 01/09/2025 (Isnin)
- 01/10/2025 (Rabu)
- 01/11/2025 (Sabtu)
- 01/12/2025 (Isnin)
KADAR PENERIMAAN MYKASIH 2025
Bukan semua kategori akan menerima Bantuan MyKasih dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM100. Namun, bayaran Bantuan MyKasih adalah berbeza bergantung kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah STR dan e-Kasih : RM100 / RM200 sebulan.
- Isi Rumah STR Sahaja : RM100 sebulan.
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas STR dan e-Kasih : RM100 / RM150 sebulan.
- Warga Emas STR Sahaja : RM50 sebulan.
- Kategori Bujang :
- Bujang STR dan e-Kasih : RM50 sebulan.
MEDIUM PENERIMAAN MYKASIH RM100 2025
Setiap penerima daripada Negeri Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima Bantuan MyKasih melalui medium kad pengenalan diri.
CEK STATUS MYKASIH RM100 2025
Ketahui status kelayakan anda menerima Bantuan MyKasih mengikut pautan di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CEK BAKI MYKASIH 2025
Baki Bantuan MyKasih boleh disemak melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.