CEK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Berita terkini! program bantuan tunai one off akan disalurkan secara berperingkat bermula ESOK. Inisiatif SARA one off ini bertujuan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, sebelum kemasukan tahun baru.
Untuk makluman anda, anda layak menerima bantuan ini jika anda merupakan penerima bantuan tunai STR 2024. Sila semak untuk mengetahui jika anda termasuk dalam golongan penerima bayaran SARA ini.
Bagaimanakah cek penerima bayaran sara? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : 2025 REGISTER/PERMOHONAN BANTUAN SARA
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) ONE OFF
SARA ONE OFF merupakan lanjutan daripada penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Kerajaan Madani sebagai inisiatif untuk terus meringankan beban rakyat yang memerlukan.
Bantuan ini disediakan untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar), dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang lulus STR.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA
Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:
- LULUS dan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
- Berstatus BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA MOHON SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off 2024 ini tidak perlu buat permohonan. Hal ini kerana, ianya merupakan bantuan tambahan kepada penerima bantuan STR 2024 yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani, termasuklah mereka yang BUKAN miskin dan miskin tegar. Dengan kata lain, semua penerima STR 2024 akan menerima bantuan SARA One-Off ini secara automatik sekiranya status semakan mereka adalah lulus. Untuk semakan status pembayaran dan kelulusan SARA, ia boleh dibuat melalui kaedah yang sama seperti STR.
TARIKH MASUK BAYARAN SARA ONE OFF
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), pembayaran akan disalurkan secara berperingkat bermula pada esok, 9 Disember 2024 (Isnin). Semakan kelayakan dan status pembayaran boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.
CARA CEK PENERIMA BAYARAN SARA
Panduan lengkap cek penerima bayaran sara SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus” Bayaran SARA One Off RM300/RM150.
- Selesai.
CEK KADAR BAYARAN PENERIMA SARA
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:
KATEGORI PENERIMA (SAMA SEPERTI PENERIMA STR) | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 300 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penyaluran bantuan ini adalah sama seperti STR iaitu:
- Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
- Bagi penerima tanpa akaun bank, wang boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), melalui kaunter perkhidmatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
Bujang dapat berapa One..off… Disember 2024
Rm150 je bang , sedihh 😂
bersyukurlah. dari tak dapat apa. dah gomen bagi, banyak pulak bunyi
Semak sara
Semak sara
Semak sara
SAYA TAK PERNAH DAPAT BANTUAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN MADANI
Macam mana kalau yang baru nak mohon?
Ni tambahan bang. Saya dah dapat rm2000 (STR) dan tambah rm300 (SARA). Total rm2300. Alhamdulillah.
Tambahan str bang saya dapat tak
Bang bantuan tambahan saya dot tak sebab saya M 40
Kenapa RM100 ja masuk?
biat semakan
Adakah saya layak menerima one off
Saya tidak dapat