SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada 5.4 juta penerima bermula April 2025 dengan bayaran sehingga RM2,100 secara keseluruhan pada tahun 2025.
Bagaimanakah semak status penerima sumbangan asas rahmah sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK MYKASIH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
AMAUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih
PENERIMA SARA SEDIA ADA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) BUKAN eKasih
PENERIMA SARA BAHARU (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 900 | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) 2025
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
CONTOH BARANGAN ASAS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan kategori barangan asas yang berlabel SARA MyKasih yang boleh dibayar menggunakan MyKad:
KATEGORI BARANGAN | CONTOH BARANGAN |
---|---|
Barangan persekolahan | Alat Tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah / |
Makanan Asas | Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung dan banyak lagi |
Ubat-ubatan | Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi |
Produk Kebersihan | Sabun Mandian / Ubat Gigi dan sebagainya |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara