SYUKUR SABAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN RM900
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah atau ringkasnya SYUKUR Sabah adalah merupakan sebuah bantuan yang disalurkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa selamat tempoh 12 bulan dan kini pembayaran fasa kedua (2) yang akan dilaksanakan kepada penerima yang layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran SYUKUR Sabah Fasa dua (2)? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN SYUKUR SABAH : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA FASA 2 RM900
TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN SYUKUR SABAH
Antara tujuan pemberian Bantuan SYUKUR SABAH adalah untuk :
- Meringankan bebanan kewangan penerima untuk memenuhi keperluan asas terutamanya barangan makanan (dapur);
- Menyokong golongan yang memerlukan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah;
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada rakyat.
MEDIUM BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Terdapat tiga (3) jenis medium bayaran Bantuan SYUKUR kepada penerima, iaitu :
BIL. | MEDIUM BAYARAN FASA 2 |
---|---|
1. | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima |
2. | Diberikan secara tunai kepada penerima tiada akaun bank |
3. | Dikreditkan dalam akaun e-Wallet YONO Superapp |
TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR bagi fasa dua (2) adalah berbeza bagi setiap penerima mengikut tarikh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank (Dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | April 2025 |
Tiada Akaun Bank (Diberikan secara tunai) | April – Mei 2025 |
Penerima Bukan e-Kasih (Permohonan baharu yang diluluskan) | Mei 2025 (Secara berperingkat) |
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah bagi fasa kedua adalah sebanyak jumlah berikut :
JENIS BANTUAN | JUMLAH BAYARAN FASA 2 |
---|---|
Bantuan SYUKUR Sabah | RM900/ Setiap individu |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Ketahui status anda layak atau tidak sebagai penerima bayaran Bantuan SYUKUR fasa kedua (2) mengikut semakan berikut :
- Layari laman web rasmi SYUKUR di sini : https://syukur.sabah.gov.my.
- Halaman utama laman web rasmi SYUKUR akan dipaparkan.
- Klik butang [Teruskan] pada pemakluman terkini.
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad*) anda pada ruangan yang disedikan.
- Kemudian, klik butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/auth.