BANTUAN RM200 DALAM IC 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan jumlah penerima yang layak meningkat lapan kali ganda kepada 5.4 juta orang, berbanding hanya 700,000 penerima pada tahun sebelumnya.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan rm200 dalam ic 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 / RM100 SETIAP BULAN
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM200 DALAM IC
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Individu yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih secara automatik melalui MyKad.
KEGUNAAN DUIT BANTUAN RM200 DALAM IC
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membolehkan membeli barangan keperluan asas berlabel SARA MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM200 DALAM IC SECARA ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
BARANGAN ASAS LULUS PEMBAYARAN MENGGUNAKAN IC
Berikut merupakan antara barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
AMAUN BULANAN BANTUAN DALAM IC
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SARA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA STR BUKAN EKASIH) | PENERIMA SARA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA STR BERSTATUS EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang – | Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
CARA PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN IC
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN RM200 DALAM IC
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara