CEK STATUS MYKASIH SARA 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CEK STATUS MYKASIH SARA 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program MyKasih yang melaksanakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas terutamanya kepada rakyat yang kurang berkemampuan serta memerlukan.

Bagaimanakah cek status MyKasih SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

Baca juga : CARA SEMAKAN SARA MYKASIH 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

NILAI BANTUAN MYKASIH SARA

Kadar kelayakan Bantuan MyKasih SARA 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400 Setahun
(RM200 Setiap Bulan)
RM1,200 Setahun
(RM100 Setiap Bulan)
Warga Emas Tanpa PasanganRM1,800 Setahun
(RM150 Setiap Bulan)
RM600 Setahun
(RM50 Setiap Bulan)
BujangRM1,200 Setahun
(RM100 Setiap Bulan)
RM600 Setahun
(RM50 Setiap Bulan)

    TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA

    Berikut merupakan tarikh bayaran Bantuan MyKasih SARA 2026 kepada setiap penerima :

    • Tempoh Bantuan MyKasih SARA :
    TEMPOH BANTUANTARIKH LUPUT
    12 Bulan
    (Bermula Januari sehingga Disember)
    31 Disember 2026
    • Tarikh Masuk Bayaran Bulanan MyKasih SARA :
    HARI & TARIKHKATEGORI PENERIMA
    09/01/2026 (Jumaat)Isi Rumah & Warga Emas
    16/01/2026 (Jumaat)Bujang
    01/02/2026 (Ahad)Semua
    01/03/2026 (Ahad)Semua
    01/04/2026 (Rabu)Semua
    01/05/2026 (Jumaat)Semua
    01/06/2026 (Isnin)Semua
    01/07/2026 (RabuSemua
    01/08/2026 (Sabtu)Semua
    01/09/2026 (Selasa)Semua
    01/10/2026 (Khamis)Semua
    01/11/2026 (Ahad)Semua
    01/12/2026 (Selasa)Semua

    CEK STATUS MYKASIH SARA

    Panduan lengkap cara semakan SARA MyKasih 2026 online :

    1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
    2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
    3. Tekan(Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
    4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
    5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
    6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
    7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
    8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
    StatusLayak
    Tarikh Program Bermula09/01/2026
    Tarikh Program Berakhir31/12/2026
    Baki (RM)200.00

    KEGUNAAN ELAUN MYKASIH SARA

    Bantuan MyKasih SARA dikreditkan khas untuk penerima membuat pembelian barangan berikut :

    • Beras;
    • Roti;
    • Telur;
    • Minyak masak;
    • Tepung;
    • Biskut;
    • Mi segera;
    • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe);
    • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang);
    • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam);
    • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita);
    • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM);
    • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis);
    • Makanan Sejuk Beku (Lokal);
    • Barangan Kebersihan Rumah.

    MAKLUMAT LANJUT

    Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

    • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
    • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
    • e-Mel : [email protected]

    PENAFIAN

    Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

    Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

    Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

    Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
    https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

    4 thoughts on “CEK STATUS MYKASIH SARA 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA”

    1. Sir & Madam , saya nak tanya tahun. 2025 ni . Tiba- tiba. Bantuan rakyat hasil .gov .sudah berhenti… Saya ada keluarga . .anak ada two …boleh …saya boleh rayuan ..harap pihak boleh terima… terima kasih pihak

      Reply
    2. Sir & Madam , saya nak tanya tahun. 2025 ni . Tiba- tiba. Bantuan rakyat hasil .gov .sudah berhenti… Saya ada keluarga . .anak ada two …boleh …saya boleh rayuan ..harap pihak boleh terima… terima kasih pihak

      Reply
    3. Sir & Madam , saya nak tanya tahun. 2025 ni . Tiba- tiba. Bantuan rakyat hasil .gov .sudah berhenti… Saya ada keluarga . .anak ada two …boleh …saya boleh rayuan ..harap pihak boleh terima… terima kasih pihak

      Reply

    Leave a Comment