MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperkenalkan di bawah Program MyKasih yang mengkreditkan bantuan menerusi kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status MyKasih secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SARA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
JUMLAH KREDIT MYKASIH 2025
Jumlah Bantuan MyKasih yang dikreditkan ke dalam MyKad adalah sebanyak berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
- Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan (RM2,100 setahun).
- Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan (RM1,650 setahun).
- Bujang : RM50 setiap bulan (RM600 setahun).
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan (RM900 setahun).
- Warga Emas : RM50 setiap bulan (RM450 setahun).
TARIKH KREDIT MYKASIH 2025
Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah pada tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
TARIKH KREDIT PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH KREDIT PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025 ONLINE
Ikuti panduan semakan status secara online seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi My Kasih.
- Pada halaman utama laman tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN BAKI DUIT MYKASIH 2025
Untuk mengetahui baki duit bantuan dalam MyKad, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Muat turun aplikasi My Kasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Mcm mana rayuan bantuan str Sya sudh ada malaukmat ape yg ii i ke tengan kmi layak ke tadik