PORTAL SEMAKAN STATUS SARA (CHECK DUIT BANTUAN SARA 2026)
Melalui Portal Rasmi SARA, setiap penerima SARA boleh mengakses dengan mudah secara dalam talian untuk tujuan seperti semakan status, kadar bayaran dan baki bulanan tanpa memerlukan semakan secara fizikal.
Bagaimanakah semakan status kelayakan di portal sara? Ikuti maklumat lanjut di sini.
Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (2026)
PORTAL RASMI SARA
Portal Rasmi SARA boleh diakses oleh penerima untuk tujuan seperti :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Semakan status kelayakan SARA;
- Semakan Amaun Bulanan SARA;
- Tarikh Luput Kredit SARA;
- Baki Bulanan SARA;
- Senarai Kedai & Barangan SARA;
SYARAT KELAYAKAN SARA
Syarat kelayakan penerima Bantuan SARA 2026 ialah :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR KELAYAKAN BULANAN SARA
Kadar kelayakan bayaran Bantuan SARA 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Januari – Disember) | RM50 Setiap Bulan (Januari – Disember) |
SEMAKAN TARIKH BAYARAN SARA
Bantuan Bulanan SARA akan dilaksanakan mengikut jadual bayaran seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas Tanpa Pasangan |
| 16 Januari 2026 | Bujang |
| 1 Februari 2026 | Semua |
| 1 Mac 2026 | Semua |
| 1 April 2026 | Semua |
| 1 Mei 2026 | Semua |
| 1 Jun 2026 | Semua |
| 1 Julai 2026 | Semua |
| 1 Ogos 2026 | Semua |
| 1 September 2026 | Semua |
| 1 Oktober 2026 | Semua |
| 1 November 2026 | Semua |
| 1 Disember 2026 | Semua |
SEMAKAN STATUS SARA ONLINE
Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima bayaran SARA 2026 secara online :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Kemudian, tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Seterusnya, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026