SKAS SARAWAK LOGIN (2026 REGISTER ONLINE)
Kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan bantuan tambahan tunai untuk keperluan asas untuk membantu rakyatnya yang berpendapatan rendah dalam menghadapi masalah kewangan melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Bagaimanakah login skas sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: CARA DAFTAR SKAS (ONLINE 2026 BANTUAN SARAWAK)
PENGENALAN
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ini khusus untuk golongan sasar yang berpendapatan rendah bagi membantu mereka membeli bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan barangan keperluan lain untuk kelangsungan hidup.
Bantuan ini berfokuskan kepada isi rumah dan individu berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu mereka dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan ekonomi.
SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK
Kelayakan penerima bantuan SKAS 2026 terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Anak Kelahiran Sarawak;
- Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
Kategori & Kelayakan Penerima :
| KATEGORI | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Ada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; Tiada had umur |
| Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; Had umur 60 tahun dan ke atas |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda (Tiada Anak); Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; Bujang berumur antara 21-59 tahun; Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa |
JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK
Jumlah Bantuan SKAS 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN SETIAP FASA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (TOTAL) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Fasa 1 : RM316 Fasa 2 : RM424 Fasa 3 : RM360 | RM1,100 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Fasa 1 : RM166 Fasa 2 : RM234 Fasa 3 : RM200 | RM600 |
| Bujang | Fasa 1 : RM100 Fasa 2 : RM150 Fasa 3 : RM125 | RM375 |
JADUAL BAYARAN SKAS SARAWAK
Bantuan SKAS akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 |
| Fasa 3 | 10 November 2026 |
CARA PENGKREDITAN SKAS SARAWAK
Setiap penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan SKAS untuk setiap fasa melalui cara seperti berikut :
| KAEDAH BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Secara Tanpa tunai (Baucar Digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) |
SEMAK STATUS SKAS SARAWAK
Status kelayakan penerima SKAS 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
- Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
- Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
- Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
| Nama (Name) | Ali Bin Abu |
| Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number) | XXXXXX-XX-XXXX |
| Status | Layak (Eligible) |
| Kategori SKAS (SKAS Category) | Isi Rumah (Household) |
| Jumlah SKAS (SKAS Value) | RM1,100 |
LOGIN SKAS SARAWAK PASS
Panduan lengkap cara daftar dan login SKAS SarawakPass :
- Layari Portal Rasmi SarawakPass : https://spass-public.sarawak.gov.my/register
- Halaman utama Pendaftaran akan dipaparkan.
- Pilih sama ada anda seorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia diruangan kotak yang disediakan.
- Kemudian, isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan, seperti :
- Nama Penuh;
- Nombor MyKad;
- Nombor telefon bimbit Malaysia yang sah untuk surat-menyurat akan datang termasuk OTP;
- Emel yang sah;
- Kata Laluan;
- Tandakan kotak Semakan Keselamatan dan kotak persetujuan terma dan syarat serta polisi privasi. Klik “Hantar”.
- Seterusnya, Sahkan verifikasi melalui Nombor Telefon dan emel yang telah didaftarkan.
- Kemudian, pendaftaran SarawakPass Berjaya.
- Log masuk menggunakan nombor mykad dan kata laluan yang didaftarkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian Khidmat : +6082-555999
- e-Mel : [email protected]
- Laman Rasmi : https://service.sarawak.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
Tukar nmor hp dan email