SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE (2024)

SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE (2024)

Kerajaan menyediakan banyak bantuan kepada rakyat terutamanya kepada golongan B40. Golongan yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon bantuan yang disediakan secara dalam talian. Melalui eKasih, kerajaan akan mengemaskini bantuan dari semasa ke semasa supaya golongan yang memerlukan bantuan sewajarnya tidak akan tercicir.

Bagaimanakah semakan bantuan ekasih online? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : CHECK STR FASA 3 (SEMAK TARIKH & JUMLAH BAYARAN)

PENGENALAN EKASIH

Portal eKasih 2024 merupakan portal yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di negara ini.

Sistem ini direka bentuk untuk menyokong kementerian atau agensi yang berminat dalam kerja pembasmian kemiskinan. Dengan sistem ini, bantuan dapat diagihkan kepada golongan miskin dengan lebih cekap dan berkesan.

SEMAKAN JENIS BANTUAN EKASIH

Melalui sistem e-Kasih, kerajaan akan mengagihkan beberapa jenis bantuan untuk disalurkan kepada individu yang layak. Berikut adalah jenis bantuan yang diberikan hasil data daripada eKasih:

  1. Sumbangan SARA 2024
    • Jika nama anda tersenarai di portal ini, anda layak menerima elaun sara hidup bsh 2024, sehingga RM1,200 setahun.
  2. Sumbangan iSuri KWSP
    • Bagi individu yang layak untuk sistem ini dan anda dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Semakan KWSP Homemaker, anda sebagai isteri secara automatik akan menerima sumbangan KWSP Homemaker anda atas nama Skim Insentif Sukarela (SURI).
  3. Bantuan untuk ibu tunggal dan warga emas
    • Banyak bantuan diberikan kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang layak berdasarkan senarai di bawah sistem semakan e-kasih ini
  4. Bantuan OKU dan anak yatim
    • Setiap kali kerajaan mengumumkan bantuan kepada orang kurang upaya atau anak yatim, ia biasanya merujuk kepada senarai dalam pangkalan data e-Kasih terlebih dahulu dan memberi keutamaan kepada dana bantuan.
  5. Bantuan Akademik
    • Pelajar yang nama ibu bapanya lulus cek e-Kasih 2024 sebelum sekolah bermula akan menerima bantuan akademik.
  6. Bantuan STR
    • Sekiranya anda telah mendaftar untuk e-Kasih 2024, permohonan STR anda akan lebih mudah diluluskan. Pastikan anda hanya mendaftar untuk bantuan STR.

CARA DAFTAR BANTUAN EKASIH

Pemohon boleh mendaftar kes kemiskinan atau bantuan eKasih ini melalui pelbagai cara. Berikut adalah kaedah pendaftaran eKasih:

  • Telefon (lihat gambar di bawah)
  • Surat
  • E-mel rasmi
  • Melapor atau mendaftar kes kemiskinan melalui pemimpin tempatan, jawatankuasa pengurusan komuniti kampung (MPKK) atau jawatankuasa perwakilan penduduk (MPP)

SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE

Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:

  1. Layari pautan untuk semakan eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx.
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan.
  3. Kemudian, klik butang [Carian].
  4. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat berkaitan bantuan eKasih dirujuk daripada Portal Rasmi eKasih. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan bantuan tersebut, boleh rujuk pihak berkuasa di:

11 thoughts on “SEMAKAN BANTUAN EKASIH ONLINE (2024)”

  1. Kenapa saya tergolong dlm eKasih bukan miskin,saya sudah berumur 39th tidak sihat baru baik dari sakit dan kerja pun tiada sekolah pun tidak tinggi hanya keputusan darjah enam sahaja..

    Reply
  2. Sewajarnya pndaftaran d STR
    d gunapakai utk pmberian MyKasih
    (SARA) krna tlh d semaksilang dgn pelbagai agensi kerajaan. Tidak semua tahu cara & d mana utk mndaftar eKasih. Pndaftaran secara manual d eKasih boleh d manipulasikan. Bagaimana WargaEmas tiada pasangan yg tiada punca pndapatan tidak mndapat MyKasih(SARA) sedangkn BUJANG yg brgaji RM1500
    (kaw. Bandar) mnerima SARA600 w/pon kedua2nya tidak brdaftar d eKasih. Belanjawan 2025 kita lihat yg brGaji sehingga RM5000/- d beri bantuan SARA900 sedangkn WargaEmas yg tiada punca pndapatan hanya d beri
    SARA450-600 ??? MyKasih d ujudkn utk mmbantu golongan yg brpendapatan d bawah Paras Garis Kemiskinan ( RM1000-1500) … siapa sebenar yg d bantu ??? Bantuan Kerajaan tidak sampai kpd kumpulan sasaran kalau hanya brsandarkn eKasih 😭

    Reply
  3. Assalamualaikum wbt saya ada tgk gambar kat str saya bahawa saya dapat bantuan my kasih tpi knpa bila saya log in masuk no ic dan ni fon nama x wujud so MCM mna saya nak pasti kan yg saya tu MMG dpat bantuan tu

    Reply
  4. Salam..Sya salah seorang berdaftar dlm e-Kasih dan sah di ketagori dlm golongan miskin dlm data e-Kasih dan Sya mempunyai anak OKU.sya mohon rumah PPRT pun tdk lulus..yg menghairankan org yg mempunyai 1 lot tanah boleh pula dapat rumah pprt.sorry bkn nak kompelin tapi keliru kategori yg mana sebenarnya yg layak memohon PPRT mohon pihak berwajib minta penjelasannya.dari Sabah

    Reply

Leave a Comment