TARIKH STR FASA 3 MASUK 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Bebanan kewangan yang dihadapi rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dapat sedikit sebanyak diringankan melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan dengan jumlah yang tertinggi dalam rekod sejarah peruntukan Malaysia pada tahun ini.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima dan bila tarikh str fasa 3 masuk? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN ONLINE MYKASIH : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
JUMLAH STR FASA 3 MASUK 2025
Bantuan STR Fasa 3 akan dibayar mengikut kategori penerima seperti berikut :
- KATEGORI BUJANG :
BUJANG (UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN) | BUJANG (UMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS) |
---|---|
RM150 | RM150 |
- KATEGORI ISI RUMAH :
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BAWAH RM2,500) | ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BAWAH RM5,000) |
---|---|
Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
CARA STR FASA 3 MASUK 2025
Bagi memudahkan penerima untuk menerima Bantuan STR, bayaran dilakukan melalui dua (2) cara, iaitu :
- Dikreditkan menerusi ‘Online Fund Transfer IBG’ terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit‘.
TARIKH STR FASA 3 MASUK 2025
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh rasmi bayaran Bantuan STR Fasa 3. Namun ianya dijangka masuk pada tarikh berikut :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
Akhir bulan Julai sehingga Ogos 2025 | Akhir bulan Julai sehingga Ogos 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Layari pautan Porta Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah untuk membuat semakan status kelayakan sebagai penerima fasa 3 :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Log masuk dengan MyDigital ID atau masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.