TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN – ANDA BOLEH SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 secara rasminya akan dimasukkan kepada hampir 9 juta penerima sedia ada dan baharu dengan jumlah bermula RM100 sehingga RM700 bergantung kelayakan penerima.
Bagaimanakah semak tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 2025? Rujuk info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR 2026 : SEMAK KELAYAKAN ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 TELAH DIUMUMKAN
Perdana Menteri secara rasminya telah mengumumkan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang akan dilaksanakan sebelum perayaan Hari Deepavali untuk membantu rakyat membuat persiapan. Berikut merupakan tarikh rasmi bayaran yang diumumkan :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) | Mulai 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
Penerima Baharu (Isi Rumah, Warga Emas & Bujang) | Mulai 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 4 2025
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah berdasarkan baki daripada bayaran Fasa 1, 2 dan 3 yang mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima seperti berikut :
- Isi Rumah B40 dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
0 | RM200 |
1 – 2 | RM350 |
3 – 4 | RM500 |
>5 | RM700 |
- Isi Rumah M40 dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
0 | RM100 |
1 – 2 | RM150 |
3 – 4 | RM250 |
>5 | RM350 |
- Warga Emas tiada pasangan :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
0 | RM150 |
- Bujang / balu / duda / janda yang tiada anak :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
0 | RM150 |
CARA PENERIMAAN BAYARAN STR FASA 4 2025
Cara penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah sama seperti Fasa 1, 2 dan 3. Berikut merupakan dua (2) cara penerimaan bayaran :
- Secara Tunai Di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima tiada akaun bank / Penerima Status ‘Gagal Kredit’ / Penerima pedalaman Sabah dan Sarawak perlu menuntut bayaran tunai STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
- Secara Pengkreditan Terus Ke Dalam Akaun Bank :
- Penerima yang telah mendaftarkan maklumat akaun bank perlu menunggu bayaran STR dimasukkan ke dalam akaun yang didaftarkan.
MASA BAYARAN MASUK STR FASA 4 2025
Masa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masuk dalam akaun penerima ada tidak menentu. Namun berikut merupakan anggaran masa masuk :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR
Status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila klik pautan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BAYARAN STR
Info-info yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah kami rujuk daripada Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memudahkan capaian. Jika anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]