TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DI UMUMKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Secara rasminya pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa kedua (2) diperuntukan sebanyak RM1.7 billion untuk disalurkan kepada 8.5 juta penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF).

Bilakah tarikh rasmi bayaran Bantuan STR Fasa 2? Semak maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH : SEMAKAN STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

TARIKH RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN

Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), tarikh bayaran rasmi Bantuan STR Fasa ke-2 adalah seperti jadual berikut :

KAEDAH PENERIMAANTARIKH RASMI BAYARAN
BANTUAN STR FASA 2 2025
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)Mulai 24 Mac 2025 (Isnin)
Kredit dalam akaun bank penerima / pasangan24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN BANTUAN
STR FASA 2 2025
Pendapatan Isi Rumah
Bawah RM2,500
RM150 hingga RM650
(bergantung bilangan anak)
Pendapatan Isi Rumah
RM2,501 hingga RM5,000
RM100 hingga RM300
(bergantung bilangan anak)
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak.
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN BANTUAN
STR FASA 2 2025
Umur 21 hingga 59 tahunRM150
Umur 60 tahun dan ke atasRM150

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Terdapat dua (2) kaedah bayaran Bantuan STR kepada penerima, iaitu melalui :

  1. Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima bagi yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.

PAUTAN PORTAL RASMI BANTUAN STR 2025

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR LHDN yang boleh diakses untuk permohonan, kemaskini dan semakan status :

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status kelayakan layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semak seperti berikut :

  1. Pergi ke Portal Rasmi STR; atau klik pautan di atas.
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment