TARIKH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN PERINGKAT FASA 1
Pemberian bantuan tunai Kerajaan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) yang benar-benar berkelayakan bagi mendepani cabaran kos sara hidup diteruskan pada tahun 2026, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.
Bilakah tarikh duit bantuan str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.
TARIKH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran setahun mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :
| FASA STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2, 3 dan 4 | Tarikh bayaran STR 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF). |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berkahwin / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda ada anak)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM700 Anak 1 hingga 2 : RM1,200 Anak 3 hingga 4 : RM1,700 Anak 5 dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM450 Anak 3 hingga 4 : RM700 Anak 5 dan Ke atas : RM950 |
- Kategori Bujang (Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda tiada anak)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|
| Bujang (Berumur 21-59 tahun) | Bantuan digantikan dengan kaedah pembayaran Bantuan SARA |
| Bujang Warga Emas (Berumur 60 tahun dan ke atas) | RM600 |
Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026.
Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (1,2,3,4) belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN RASMI |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]