JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 3

JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 3

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan disalurkan mengikut kelayakan penerima, bagi memastikan golongan yang benar-benar memerlukan terus menerima bantuan yang sewajarnya bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Berapakah jumlah duit bantuan STR 2026 akan dibayar? Ikuti Info lanjut di sini.

Baca juga: TARIKH DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : CEK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN PERINGKAT FASA 1

JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM700
Anak 1 hingga 2 : RM1,200
Anak 3 hingga 4 : RM1,700
Anak 5 dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM450
Anak 3 hingga 4 : RM700
Anak 5 dan Ke atas : RM950
Warga Emas (Tiada Pasangan)
(Berumur 60 tahun dan ke atas)
RM600
Bujang
(Berumur 21-59 tahun)
Bantuan digantikan dengan kaedah pembayaran Bantuan SARA

Jumlah bantuan di atas merupakan kadar kelayakan maksimum yang akan diterima oleh penerima bagi tahun 2026. Amaun pembayaran untuk setiap Fasa (3 & 4) belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR 2026

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan)
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

LOGIN & SEMAK STATUS KELAYAKAN

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL SEMAKANPAUTAN RASMI
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran setahun mengikut jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
10 Januari 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
10 Mac 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 3 dan 4
Tarikh bayaran STR 2026 belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF).

CARA DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

1 thought on “JUMLAH DUIT BANTUAN STR 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAK JUMLAH BAYARAN BAKAL DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 3”

Leave a Comment