TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Dari fasa pertama (1) ke fasa kedua (2), penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijangka akan bertambah seiring dengan permohonan dan rayuan yang dibuka serta diluluskan. Penerima bayaran fasa kedua (2) juga dianggarkan meningkat daripada 8.3 juta penerima fasa pertama (1).

Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2 dan bagaimanakah semakan status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan dan panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : EKASIH SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM600 & RM900 & RM2100)

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan bermula pada tarikh 3 April 2025 (Khamis) dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF), info di sini akan dikemaskini kembali dari semasa ke semasa.

JENIS PENERIMAAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Penerimaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada seperti berikut :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikredit terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MASA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Lazimnya bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima seperti masa berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

*Bagaimanapun, masa bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima tidak menentu dan akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Setiap penerima akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR FASA 2
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
RM150 – RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
RM100 – RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150
*Nota : Jumlah bayaran yang tepat perlu disemak melalui laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Bagi yang ingin menyemak status bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, semakan hanya boleh dilakukan melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : str@mof.gov.my

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

5 thoughts on “TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment