TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Pembayaran inisiatif bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang seterusnya iaitu Fasa dua (2) akan dilaksanakan kepada lebih daripada 8.3 juta penerima sedia ada dan penerima baharu yang telah melepasi kelayakan yang ditetapkan.

Bilakah tarikh bayar Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dan bagaimanakah semakan status kelayakan penerima? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN AWAL RAMADHAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dijangka akan dibayar pada tarikh seperti berikut :

PERKARATARIKH BAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 2 2025
Mulai 3 April 2025 dan berperingkat
*Nota : Sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah daripada Kementerian Kewangan (MOF), kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

CARA BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah kepada penerima, iaitu melalui :

KREDIT TERUS KE AKAUNTUNAI DI KAUNTER BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan
bagi yang mempunyai akaun bank
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
bagi yang tidak mempunyai akaun
bank

JUMLAH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 untuk penerima sedia ada mengikut kategori yang ditetapkan :

ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40WARGA EMASBUJANG B40
RM150
hingga
RM650
(bergantung bil. anak)
RM100
hingga
RM300
(bergantung bil. anak)
RM150RM150
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima dengan tepat, sila semak melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (seperti di bawah).

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

1 thought on “TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment