SEMAK BANTUAN SARA 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM200 & RM100 & RM50)
Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat, termasuk bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang disalurkan secara tanpa tunai membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih dengan lebih mudah tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Bagaimanakah semak bantuan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SENARAI BARANG MYKASIH TERBARU BOLEH BELI GUNA IC
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA 2026:
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK BANTUAN SARA ONLINE
Status kelayakan penerima bantuan SARA boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik Status Kelayakan SARA.
- Status kelayakan SARA akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SARA
Semak tarikh pengkreditan bantuan SARA 2026 seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Penerima Bantuan STR BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) & Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | 9 Januari 2026 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
JUMLAH BANTUAN SARA 2026
Semak kadar bantuan sara 2026 yang akan diterima oleh penerima yang layak :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan (Total Setahun : RM2,400) | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,800) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan (Total Setahun : RM1,200) | RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA
Penyaluran bantuan SARA 2026 seperti berikut:
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
|---|---|
| Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026
Semakan sara
Semak menerima kelayakan sara
semak kelayakan sara