TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 1
Inisiatif Kerajaan Malaysia melalui pelaksanaan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kini diteruskan lagi pada tahun 2026 bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Bila tarikh bayar sumbangan tunai rahmah 2026 fasa 1? Ikuti Info lanjut disini.
TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) Fasa pembayaran. Tarikh pembayaran Fasa 1 masih belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
| FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Tarikh bayaran belum diumumkan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF) |
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN
Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KELAYAKAN SETAHUN (RM) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada Anak (0) : RM700 1 – 2 Anak : RM1,200 3 – 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada Anak (0) : RM200 1 – 2 Anak : RM450 3 – 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 |
| Bujang | Bayaran akan diganti dengan Bantuan SARA |
Nota : Meskipun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR untuk tahun 2026, namun permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu di mohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CARA BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]