TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Pihak Kerajaan MADANI akan terus menyumbangkan bantuan kewangan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat yang memerlukan sebagai jaring keselamatan dalam situasi ekonomi yang mencabar bagi meringankan bebanan rakyat.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 dan bagaimanakah semakan status kelayakan penerima? Ketahui penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYAR STR FASA 2 2025
Hanya individu yang telah mengemukakan permohonan sebelum pada 1 Disember 2024, serta memenuhi syarat kelayakan berikut akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) ;
- Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
- menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang :
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH BAYAR STR FASA 2 2025
Berikut merupakan tarikh anggaran pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa kedua (2) :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) | Bermula 3 April 2025 dan berperingkat *Sekiranya berlaku perubahan tarikh, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa |
KADAR BAYAR STR FASA 2 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) dianggarkan akan dibayar kepada penerima sedia ada dengan kadar sebanyak berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
CARA BAYAR STR FASA 2 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) masih sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank :
- Bantuan STR akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan (bagi yang telah berkahwin).
- Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
- Penerima perlu menuntut wang Bantuan STR di kaunter mana-mana cawangan BSN terdekat bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYAR STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
Duda berumur 50th mempunyai tanggungan 4 org anak 3 perempuan 1 lelaki 2 masih bersekolah menengah
Tidak mempunyai kerja tetap hanya mengambil upah sahaja