TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN SEMASA FASA 1
Fasa pertama (1) Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan mula dibayar kepada penerima-penerima yang layak pada awal tahun 2026 dengan kadar bayaran bermula RM50 sehingga RM500 mengikut status kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara semak status penerima & bila tarikh bayar duit Bantuan STR? Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BORANG DAFTAR MYKASIH 2026 (RM2400 & RM1200 & RM600 BANTUAN SARA)
SYARAT LAYAK TERIMA DUIT BANTUAN STR 2026
Pemohon yang layak terima duit Bantuan STR adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kelayakan Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Berpasangan (ada / tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40) / pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
- Kelayakan Warga Emas :
- Warganegara Malaysia;
- Balu / duda / janda (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000.
- Kelayakan Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Bujang / balu / duda / janda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 / OKU 19 tahun & ke atas;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS (bukan tanggungan);
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
KADAR BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026
Tentunya Bantuan STR akan dibayar dengan adil mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan / anak. Selain itu, penerima Bantuan STR akan turut terima Bantuan SARA sebanyak kadar berikut :
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima sebanyak :
| BILANGAN TANGGUNGAN | PENERIMA STR DAFTAR EKASIH | PENERIMA STR BIASA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 (STR) RM2,400 (SARA) | RM700 (STR) RM1,200 (SARA) |
| 1 / 2 orang | RM1,200 (STR) RM2,400 (SARA) | RM1,200 (STR) RM1,200 (SARA) |
| 3 / 4 orang | RM1,700 (STR) RM2,400 (SARA) | RM1,700 (STR) RM1,200 (SARA) |
| >5 orang | RM2,200 (STR) RM2,400 (SARA) | RM2,200 (STR) RM1,200 (SARA) |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan terima sebanyak :
| BILANGAN TANGGUNGAN | PENERIMA STR BIASA |
|---|---|
| Tiada | RM200 (STR) RM1,200 (SARA) |
| 1 / 2 orang | RM450 (STR) RM1,200 (SARA) |
| 3 / 4 orang | RM700 (STR) RM1,200 (SARA) |
| >5 orang | RM950 (STR) RM1,200 (SARA) |
Warga Emas Pendapatan Bawah RM5,000 akan terima sebanyak :
| BILANGAN TANGGUNGAN | PENERIMA STR DAFTAR EKASIH | PENERIMA STR BIASA |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 (STR) RM1,800 (SARA) | RM600 (STR) RM600 (SARA) |
Bujang / Balu / Duda / Janda Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima sebanyak :
| BILANGAN TANGGUNGAN | PENERIMA STR DAFTAR EKASIH | PENERIMA STR BIASA |
|---|---|---|
| Tiada | – (STR) RM1,200 (SARA) | – (STR) RM600 (SARA) |
TARIKH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026
Pembayaran duit Bantuan STR akan dimasukkan secara ansur berperingkat mengikut fasa-fasa seperti berikut :
| FASA-FASA | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | Februari 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 3 | Ogos 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 4 | November 2026 (akan dikemaskini) |
KAEDAH BAYAR DUIT BANTUAN STR 2026
Supaya duit Bantuan STR betul-betul sampai kepada penerima, Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Perlu menunggu bayaran Bantuan STR dimasukkan ke dalam akaun bank secara berperingkat selama 3 hingga 5 hari bekerja |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Penerima Pedalaman Sabah & Sarawak | Perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di pusat pemberian yang ditetapkan |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026
Ikuti cara semak status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]