SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

140,000 rakyat Sabah layak disahkan layak menerima bantuan tunai di bawah Program SYUKUR, akan menerima pembayaran bantuan secara berperingkat melalui empat kali pelaksanaan bayaran.

Bagaimanakah semakan status syukur sabah fasa 3? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK SKAS SARAWAK 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN ANDA BAGI SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)

PENGENALAN SYUKUR SABAH

Bantuan Syukur Sabah merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sabah yang memberi bantuan tunai secara berperingkat kepada rakyat berkelayakan bagi tujuan :

  • Menyokong golongan B40 dan Miskin tegar;
  • Mengurangkan beban sara hidup; dan
  • Pengurangan Kemiskinan Tegar.

KELAYAKAN SYUKUR SABAH FASA 3

Penerima Bantuan Syukur Sabah FASA 3 mestilah terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Anak Kelahiran Sabah; atau
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah);
  • Kadar Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

JUMLAH & TARIKH BAYARAN

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah Fasa 3 2026 akan disalurkan seperti berikut:

FASA BANTUANTEMPOH BANTUANJUMLAH BANTUAN
Fasa Ketiga
(Fasa 3)
Julai
Ogos
September
RM600

SEMAK SYUKUR SABAH FASA 3

Status ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Syukur Sabah FASA 3 boleh di semak seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

CARA BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3

Bantuan Bantuan Syukur Sabah FASA 3 akan disalurkan seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

MANFAAT SYUKUR SABAH

Pelaksanaan Program SYUKUR SABAH penting untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa; dan
  • Membantu keluarga berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment