SEMAK SKAS SARAWAK 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN ANDA BAGI SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)

SEMAK SKAS SARAWAK 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN ANDA BAGI SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (RM1100 & RM600 & RM375)

Salah satu inisiatif bantuan baharu oleh Kerajaan Sarawak kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah, bagi meringankan beban kos sara hidup mereka adalah dengan melaksanakan bantuan kewangan melalui Program Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Bagaimanakah semak skas sarawak? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR (BANTUAN FASA 3 2026)

PENGENALAN

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan tunai khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat nya yang terdiri daripada golongan B40 bertujuan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pemberian kewangan.

SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Kelayakan penerima bantuan SKAS Sarawak 2026 terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Kelahiran Sarawak;
  • Pemegang Kad Pengenalan ‘K’ yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

KATEGORI PENERIMA SKAS SARAWAK

Berikut merupakan kategori dan syarat bantuan yang telah ditetapkan :

KATEGORIKELAYAKAN PENERIMA
Isi Rumah
Berkahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Ada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah;

Tiada had umur
Warga Emas
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah;

Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang
Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda
(Tiada Anak);

Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah;

Bujang berumur antara 21-59 tahun;

Bujang Orang Kurang Upaya (OKU)
berumur 19-59 tahun;

Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa

SEMAK SKAS SARAWAK ONLINE

Status kelayakan penerima SKAS sARAWAK 2026 boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan SKAS 2026 di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/
  2. Pergi ke bawah dan Klik [Semak Kelayakan] atau [Check Eligibility].
  3. Masukkan nombor MyKad (Kad Pengenalan) tanpa (-) diruangan [Nombor MyKad] atau [MyKad Number].
  4. Kemudian, klik [Cari] atau [Search].
  5. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima bantuan SKAS mengikut contoh seperti berikut :
Nama (Name)Ali Bin Abu
Nombor Kad Pengenalan (MyKad Number)XXXXXX-XX-XXXX
StatusLayak (Eligible)
Kategori SKAS (SKAS Category)Isi Rumah (Household)
Jumlah SKAS (SKAS Value)RM1,100

MANFAAT SKAS SARAWAK

Penerima yang layak boleh menggunakan elaun SKAS Sarawak yang telah dikreditkan dalam akaun Aplikasi S Pay Global untuk membeli barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar.

JUMLAH BAYARAN SKAS SARAWAK

Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM1,100
Warga Emas Tanpa PasanganRM600
BujangRM375

TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK

Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak 2026 dijadualkan seperti berikut :

FASA BAYARANTARIKH BAYARANJUMLAH BAYARAN
Fasa 110 Mac 2026Isi Rumah : RM316

Warga Emas : RM166

Bujang : RM100
Fasa 215 Mei 2026Isi Rumah : RM424

Warga Emas : RM234

Bujang : RM150
Fasa 310 November 2026Isi Rumah : RM360

Warga Emas : RM200

Bujang : RM125

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/

Leave a Comment