CHECK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

CHECK SENARAI BARANG MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit (bantuan) bulanan melalui MyKad masing-masing untuk membeli barangan keperluan asas daripada senarai produk MyKasih yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit terpilih.

Bagaimanakah cara check senarai barang mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SYUKUR SABAH FASA 3 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA BARANG MYKASIH

Syarat dan Kategori Kelayakan Penerima Barang MyKasih 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Berstatus eKasih);
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – (Bukan eKasih);
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH ELAUN BARANG MYKASIH

Kadar elaun bulanan untuk Barangan MyKasih 2026 adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

CARA PENGKREDITAN ELAUN MYKASIH

Elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan melalui Mykad pada setiap bulan membolehkan penerima membeli 15 Kategori Barangan Keperluan asas berlabel SARA MyKasih dengan pembayaran menggunakan Mykad (IC).

CARA PEMBELIAN BARANG MYKASIH

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas MyKasih seperti berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANG MYKASIH 2026

Berikut merupakan barangan keperluan asas MyKasih yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Makanan Sejuk Beku : Nugget / Ayam Beku / Makanan Laut Beku
  • Barangan Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Lantai

CHECK KELAYAKAN BARANG MYKASIH

Berikut merupakan panduan lengkap cara semak kelayakan penerima Barang MyKasih 2026 :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
  3. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00

SENARAI KEDAI BARANG MYKASIH

Pelbagai kedai dan pasaraya berdaftar di bawah Program Bantuan MyKasih di seluruh Malaysia termasuk :

  • Mydin;
  • Giant;
  • Econsave;
  • The Store;
  • Pacific;
  • Milimewa;
  • 99 Speedmart;
  • Lotus Stores (Tesco);
  • Lulu Supermarket;
  • Pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment