SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Setiap penerima yang disahkan layak menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima pengkreditan secara automatik ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan secara berperingkat bermula tarikh pembayaran dilaksanakan.
Bagaimanakah semak status kelayakan & bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 2 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN HARI RAYA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
KELAYAKAN PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT DAN KELAYAKAN |
|---|---|
| Isi Rumah | Berkahwin (Ada atau Tiada Anak); Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Ada Anak); Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 60 tahun dan ke atas; Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah |
| Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun; Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU); Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah |
JUMLAH DUIT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 akan disalurkan kepada penerima mengikut kelayakan masing-masing seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 2 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM150 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM100 Anak 1 hingga 2 : RM100 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
- Kategori Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 2 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berusia 60 tahun dan ke atas | RM150 |
- Kategori Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR FASA 2 |
|---|---|
| Bujang Berusia 21 – 59 tahun; atau Berusia 19 – 59 tahun (OKU) | Bayaran digantikan melalui Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan Melalui MyKad |
SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 2 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Untuk Semakan Status Kelayakan anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Selesai.
TARIKH KREDIT DUIT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 dilaksanakan secara berperingkat bermula tarikh berikut :
| JENIS PENERIMA STR FASA 2 | TARIKH PENGKREDITAN FASA 2 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada (5 Juta Penerima) | 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Penerima Baharu atau Rayuan (200,000 Penerima) | 30 Mac 2026 (Isnin) |
CARA KREDIT DUIT SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Akaun Bank (Sabah/Sawarak/W.P Labuan) atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026