STR HASIL (PERMOHONAN BARU BANTUAN 2025 ONLINE)
Hasil daripada penyasaran semula subsidi dapat disalurkan kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kadar peruntukan dapat dinaikkan sehingga 2 billion ringgit menjadikan keseluruhan peruntukan sebanyak 13 billion ringgit bagi tahun 2025 ini agar rakyat mendapatkan bantuan tunai sewajarnya.
Bagaimanakah permohonan baru str hasil? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA LOG MASUK STR : SEMAKAN BAYARAN FASA 4
KAEDAH MEMOHON STR HASIL
Terdapat dua (2) kaedah yang boleh dibuat untuk memohon bantuan STR, iaitu:
- Permohonan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR; atau
- Permohonan secara manual dengan mengisi borang dan mengemukakan borang STR di :
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHNDM (HASiL); atau
- Pejabat Satelit HASiL; atau
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.
PERMOHONAN STR HASIL
Ikuti cara permohonan baru STR secara atas talian (online) seperti berikut:
- Sila login portal rasmi STR Hasil di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Kemudian, klik butang [Cetak] untuk mengcetak borang permohonan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN STR
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan STR adalah :
- Pemohon :
- Salinan Sijil Perkahwinan atau Salinan Sijil Kematian Pasangan atau Salinan Sijil Penceraian atau Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak.
- Pasangan :
- Salinan Pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS) atau Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Lahir / KP Lama.
- Anak :
- Anak Kandung : Salinan MyKad / MyKID dan Salinan Sijil Lahir; atau
- Anak Angkat : Salinan MyKad / MyKID dan salinan Sijil Daftar Anak Angkat.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR
Syarat kelayakan utama bagi pemohon STR mestilah Warganegara Malaysia dan memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :
- Isi Rumah :
- Kahwin (Ada atau tiada anak); atau
- Ibu bapa tunggal / Balu / Janda / duda yang mempunyai anak;
- Bekerja di Malaysia dan berpendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Kahwin / Bujang / Ibu bapa tunggal / Balu / Janda / Duda tiada anak;
- Bekerja di Malaysia dan pendapatan bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; serta
- Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
- Bujang (Orang Kurang Upaya) berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR Hasil . Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2024.pdf.
Bantuan str 2025