STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Pertimbangan kerajaan dalam melaksanakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka sepanjang tahun 2025 adalah supaya rakyat yang berkelayakan dapat menerima bantuan kewangan dengan sewajarnya termasuklah penerimaan bagi fasa yang ketiga (3) ini.
Bagaimanakah semakan status sama ada layak atau tidak STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYAR STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Warga Emas :
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang :
- Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat);
- Berumur 21-59 tahun; atau
- Berumur 19 tahun dan ke atas (Bujang Orang Kurang Upaya (OKU));
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PAUTAN RASMI STR 2025
Untuk semakan status atau permohonan atau kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon hanya boleh mengakses pautan Portal Rasmi seperti berikut :
- Pautan Portal Rasmi STR 2025 Di Sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my.
PANDUAN SEMAKAN STATUS STR FASA 3 2025
Bagi penerima sedia ada dan pemohon baharu, boleh mula menyemak status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi STR; atau klik pada pautan di atas.
- Anda akan dipaparkan pada halaman utama Portal STR 2025.
- Sila isikan ruangan yang disediakan dengan nombor KP pemohon tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor KP pemohon.
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan [Kata Laluan] pemohon dengan betul.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Profil pemohon akan dipaparkan.
- Sila klik pula pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA STR FASA 3 DIBAYAR
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibayar melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia kepada penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’; atau
- Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan.
JUMLAH STR FASA 3 DIBAYAR
Jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dianggarkan akan dibayar sebanyak berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 :
- Tiada anak : RM150;
- 1 / 2 anak : RM350;
- 3 / 4 anak : RM500;
- 5 anak & ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- Tiada anak : RM100;
- 1 / 2 anak : RM200;
- 3 / 4 anak : RM250;
- 5 anak & ke atas : RM300.
- Isi Rumah Pendapatan bawah RM2,500 :
- Kategori Warga Emas :
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150.
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- Kategori Bujang :
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
- RM150.
- Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
JADUAL STR FASA 3 DIBAYAR
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu adalah seperti jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Bakal diumumkan dari semasa ke semasa |
Penerima Baharu | Bakal diumumkan dari semasa ke semasa |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.