STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang jauh melangkaui kadar inflasi negara, ini mencerminkan tekad kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat kian bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.
Bagaimanakah semak status pembayaran str fasa 2? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : EWALLET 200 BAYARAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telahpun selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima yang melibatkan kadar implikasi kewangan sebanyak RM2.3 billion dan bilangan penerima serta kadar implikasi kewangan dijangka akan meningkat untuk pembayaran fasa kedua (2) ini.
CARA PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima samaada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN STR |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang diisi semasa permohonan STR |
Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu dituntut di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) yang berbeza-beza mengikut kelayakan dan perlu disemak melalui laman rasmi. Berikut merupakan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada anak) | RM600 |
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua adalah dijangka akan dilaksanakan pada tarikh berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Kedua (2) | Bermula 3 April 2025 dan berperingkat |
SEMAK STATUS STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
JABATAN MASYARAKAT DI JOHOR BAHRU DI KAWASAN MANA ?