STR 2026 SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

STR 2026 SEMAKAN STATUS : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

Daripada lebih 10 juta permohonan yang dihantar, mungkin hanya 8.5 juta sahaja yang memenuhi syarat-syarat kelayakan serta terpilih layak untuk terima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi bayaran Fasa 1 2026.

Bagaimanakah cara semakan status STR 2026? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA KIRA DIVIDEN ASB 2025 : UNTUK ASB LOAN 100K, 200K, 50K (PANDUAN LENGKAP)

SEMAKAN SYARAT STR 2026

Ketahui sama ada anda memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan STR yang ditetapkan atau tidak :

  • Syarat Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia.
    • Tiada had umur.
    • Berkahwin / ibu bapa tunggal.
    • Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
    • Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40).
  • Syarat Kelayakan Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan anak).
    • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak lebih RM5,000.
  • Syarat Kelayakan Bujang :
    • Warganegara Malaysia.
    • Had umur 21 hingga 59 tahun.
    • Belum berkahwin / Balu / Janda / Duda (tiada tanggungan anak).
    • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
    • Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.

STR 2026 SEMAKAN STATUS

Untuk memastikan sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan STR untuk tahun 2026, sila semak melalui Portal Rasmi MySTR seperti panduan berikut :

✅ Link Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

  1. Pergi ke Portal Rasmi MySTR dengan klik pada link di atas.
  2. Anda akan dipaparkan terus ke Portal Rasmi MySTR.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] yang tertera pada halaman utama tersebut.
  4. Masukkan [No Kad Pengenalan] tanpa sengkang dan tanpa jarak.
    • Contoh : 900230112345.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak].
  6. Halaman seterusnya adalah bahagian pengesahan.
  7. Klik butang [Ya] untuk sahkan ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  8. Masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  9. Klik sekali lagi butang [Log Masuk].
  10. Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

KADAR BANTUAN STR 2026

Berikut adalah kadar Bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 bersama dengan Bantuan SARA :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR
BANTUAN STR
KADAR
BANTUAN SARA
Isi Rumah B40RM700 (0 anak)
RM1200 (1-2 anak)
RM1700 (3-4 anak)
RM2200 (>5 anak)
RM1200
atau
RM2400
Isi Rumah M40RM200 (0 anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
RM1200
Warga EmasRM600RM600
atau
RM1800
BujangRM600
atau
RM1200

KAEDAH TERIMA STR 2026

Penerima yang layak akan terima Bantuan STR melalui dua (2) kaedah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH TERIMA BANTUAN STR
Penerima Ada Akaun BankTunggu Bantuan STR dikreditkan dalam
akaun bank penerima setiap fasa
Penerima Tiada Akaun BankTuntut Bantuan STR di kaunter cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
pada setiap fasa

JADUAL AGIHAN STR 2026

Jadual agihan bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 masih belum diumumkan. Namun, dijangka dilaksanakan seperti jadual berikut :

PERINGKAT
PELAKSANAAN
TARIKH AGIHAN STR
Fasa 1Februari 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 2Mac / April 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 3Ogos 2026
(akan dikemaskini)
Fasa 4November 2026
(akan dikemaskini)

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment