STR 2026 SEMAKAN : FASA 2 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

STR 2026 SEMAKAN : FASA 2 KELAYAKAN, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BANTUAN

Melakukan semakan status STR Fasa 2 2026 secara berkala merupakan langkah yang amat kritikal bagi setiap pemohon untuk memastikan kelancaran proses penerimaan bantuan. Semakan ini bukan sekadar bertujuan untuk mengetahui status kelayakan—sama ada permohonan anda diluluskan atau tidak—malah ia berfungsi sebagai medium utama untuk mengesahkan kadar bayaran tepat yang bakal dikreditkan berdasarkan kategori profil terkini anda. Justeru, bagi memudahkan urusan anda, timbul persoalan penting:

Bagaimanakah cara semakan status STR 2026 untuk pembayaran Fasa 2? Sila ikuti info lanjut serta tutorial lengkap yang kami sediakan di bawah.

Baca juga: CARA SEMAKAN STATUS STR (FASA 2 2026)

TARIKH BAYAR STR 2026 FASA 2

Setakat hari ini, pihak Kerajaan MADANI belum mengeluarkan sebarang pengisytiharan rasmi mengenai tarikh bayar STR 2026 bagi Fasa 2. Seandainya terdapat perkembangan terkini, pihak kami akan memastikan tarikh berkenaan segera dikemas kini bagi membantu anda memperoleh info yang tepat dan pantas.

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan ini, mereka hendaklah memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti yang berikut:

  • Isi Rumah (STR & SARA)
ISI RUMAHSYARAT KELAYAKAN
Pemohon– Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia;
– Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak– Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan
– Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur:
> 18 tahun dan ke bawah; atau
> 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS).
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Warga Emas Tiada Pasangan– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 60 tahun dan ke atas; dan
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang (SARA)
KATEGORISYARAT KELAYAKAN
Bujang– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja;
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta
– Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.

KATEGORI PENERIMA FASA 2

Kerajaan telah menetapkan kriteria mengikut kategori penerima yang layak menerima bantuan STR 2026 bagi Fasa 2 seperti berikut:

KATEGORIKRITERIA PENERIMA STR FASA 2 2026
Isi Rumah (STR & SARA)– Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 60 tahun dan ke atas.
Bujang (SARA)– Bujang; atau
– Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta
– Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

KENAPA PERLU SEMAKAN STR?

Semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) penting untu mengetahui status kelayakan individu. Sekiranya individu membuat semakan di Portal MySTR, maklumat akan dipaparkan seperti berikut :

  • Nombor Pengenalan Akaun Kredit;
  • Nama Penerima;
  • Fasa Pembayaran;
  • Jumlah Dikredit;
  • Status Kredit;
  • Nama Bank;
  • No Akaun Bank.

STR 2026 SEMAKAN

Bagi STR 2026, semakan status permohonan dan kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIMUM BAYARAN
(SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 dan ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM 600
Bujang

*Catatan: Kadar bayaran STR 2026 adalah bergantung kepada kelayakan penerima, dimana bayaran akan diberikan bermula fasa permohonan diluluskan, dengan amaun yang diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

AMAUN BAYARAN FASA 2

Pihak Kerajaan MADANI menetapkan amaun bayaran STR 2026 bagi Fasa 2 kepada penerima yang layak dengan jumlah yang berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
BIL. TANGGUNGANFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada anakRM200Akan Diisytiharkan
1 hingga 2 anakRM300
3 hingga 4 anakRM400
5 anak dan ke atasRM500
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
BIL. TANGGUNGANFASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
Tiada anakRM100Akan Diisytiharkan
1 hingga 2 anakRM100
3 hingga 4 anakRM150
5 anak dan ke atasRM200
  • Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
FASA 1FASA 2FASA 3FASA 4
RM150Akan Diisytiharkan
  • Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
    • Mulai tahun 2026, bantuan bagi kategori bujang tidak lagi diberikan dalam bentuk tunai (STR). Sebaliknya, ia telah ditukarkan kepada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM50 sebulan, di mana kredit tersebut akan disalurkan terus ke dalam MyKad anda untuk pembelian barangan keperluan.

*Catatan Tambahan: Walau bagaimanapun, pihak kerajaan MADANI belum mengeluarkan pengisytiharan rasmi mengenai amaun bayaran tersebut. Sekiranya terdapat perkembangan terkini, pihak kami akan terus memaparkannya di sini.

CARA PEMBAYARAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
  • Tuntutan secara tunai oleh penerima di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan jika tiada akaun bank atau berstatus ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib di bawah ini.

  • Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747.
  • Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566.
  • E-Mel : [email protected].
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Leave a Comment