STR 2026 BILA MASUK (FASA 3) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

STR 2026 BILA MASUK (FASA 3) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Malaysia meneruskan agihan bantuan tunai STR secara berfasa bagi membantu meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40 yang layak untuk tahun 2026, dan kini ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah kini tertanya-tanya soalan utama iaitu bila masuk STR 2026 bagi pembayaran Fasa 3.

Bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang maklumat penting, artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai jadual tarikh bayaran, kadar kelayakan mengikut kategori, serta cara semakan status menerusi portal rasmi MySTR.

Baca juga: SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026

JADUAL BAYARAN : BILA MASUK STR 2026 MENGIKUT FASA

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan sebanyak empat (4) fasa sepanjang tahun 2026. Berikut adalah ringkasan jadual pembayaran terkini :

FASA PEMBAYARANTARIKH RASMI BAYARANSTATUS AGIHAN
Fasa 120 Januari 2026Selesai Dibayar
Fasa 210 Mac 2026Selesai Dibayar
Fasa 3Akan diumumkan dalam masa terdekat oleh MOFBelum dibayar
Fasa 4Belum diumumkan

Nota Penting: Tarikh rasmi agihan Fasa 3 akan dikemaskini sejurus Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengeluarkan kenyataan siaran media rasmi.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2026

Sebelum menyemak tarikh bayaran, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan bagi kategori penerima yang ditetapkan di bawah :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2026 MENGIKUT KATEGORI

Kadar Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 FASA 3 adalah seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (Berkahwin/ Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda ADA ANAK)
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada (0) Anak : RM200
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM450
Anak 5 dan Ke atas : RM600
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM0
Anak 1 hingga 2 : RM150
Anak 3 hingga 4 : RM200
Anak 5 dan Ke atas : RM250
  • Kategori Bujang (Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang TIADA ANAK)
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN STR FASA 3
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM150
BujangBayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan
(Total RM600 setahun)

SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026

Bagi membuat semakan status sama ada anda Lulus atau ingin mengetahui jumlah bayaran yang dimasukkan, sila ikuti langkah mudah berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Layari Portal Rasmi MySTR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No. MyKad) anda dan klik butang [Semak].
  3. Sahkan Kunci Keselamatan anda. Klik [Ya] jika betul.
  4. Masukkan Kata Laluan akaun MySTR yang didaftarkan, kemudian klik [Log Masuk].
  5. Setelah berjaya log masuk,Klik pada Semakan Permohonan.
  6. Butiran terperinci bayaran Fasa 3.

KAEDAH PEMBAYARAN DUIT STR 2026 MASUK

Duit bantuan STR akan disalurkan mengikut dua cara berikut :

  • Pengkreditan ke Akaun Bank : Dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima atau pasangan yang telah didaftarkan.
  • Secara Tunai di Kaunter BSN : Khusus untuk penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’. Anda boleh membuat tuntutan tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dengan membawa MyKad asal.

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR dan kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan STR 2026 Bila Masuk. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment