STR 2025 FASA 1 SEMAKAN : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Direkodkan dalam sejarah kerajaan Malaysia, kadar peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 adalah tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion daripada tahun-tahun sebelum ini yang hanya di bawah RM10 billion sahaja.
Seiring dengan peningkatan kadar peruntukan, jumlah yang akan dibayar kepada 9 juta rakyat Malaysia juga bakal bertambah, contohnya kategori bujang akan menerima sebanyak RM600 berbanding sebelum ini hanya menerima RM350 sahaja.
Bagaimanakah str fasa 1 semakan status layak atau tidak? Ikuti panduan lengkap dan ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PEMBAYARAN BANTUAN SARA : SEMAKAN SENARAI NAMA PENERIMA (RM600 & RM900 & RM1650 & RM2100)
JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 | JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1 |
---|---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Tiada anak : RM250 1 – 2 anak : RM350 3 – 4 anak : RM500 5 ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 ke atas : RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
Bujang/Balu/Duda/Janda | RM600 | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Pihak Kerajaan telah rasmi mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) bagi tahun 2025 iaitu bermula 22 JANUARI 2025. Pihak kami TELAH mengemaskini kembali tarikh bayaran fasa pertama (1) sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1
Terdapat dua (2) kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1), iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
STR 2025 FASA 1 SEMAKAN
Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa pertama (1) seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR LHDNM | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan portal rasmi STR LHNDNM di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘ Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.
My Sara
Semak kelayakan STR
Semak str fasa 1
ada sesiapa yang dah dapat ?? boleh komen ..
saya ank 5 tpi dpt 1250 setahun mcm mn tu gaji suami sma sja 1500 sebulan..
Belum dapat lagi