SKAS CHECK : CEK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

SKAS CHECK : CEK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)

Primier Sarawak iaitu Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah menyatakan bahawa Peruntukan sebanyak RM450 juta khas untuk disalurkan kepada rakyat Sarawak yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan melalui Bantuan SKAS.

Bagaimanakah SKAS check status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH : SEMAKAN STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN (SUKUR RM900)

APA ITU SKAS

SKAS atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan bantuan yang disalurkan untuk membantu menampung kos pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.

Kira-kira lebih 886,288 warga Sarawak yang merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang telah disahkan layak menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dengan kadar antara RM250 sehingga RM800 (bergantung kelayakan).

KADAR BANTUAN SKAS

Setiap kategori akan menerima kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SKAS
ISI RUMAHRM800
BUJANGRM250
WARGA EMASRM400

TARIKH PENYALURAN BANTUAN SKAS

Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telah mula dikreditkan kepada 886,288 penerima yang layak bermula pada 18 Februari 2025, Selasa dan berperingkat. Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak yang layak masih boleh memohon kerana permohonan akan dibuka sepanjang tahun.

CARA PENYALURAN BANTUAN SKAS

Pihak Kerajaan Negeri Sarawak telah menegaskan bawah penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah secara tunai namun ianya akan dibayar secara tanpa tunai (cashless) menerusi aplikasi S Pay Global yang boleh diakses oleh warga Sarawak sahaja.

SKAS CHECK

Ikuti panduan check status kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Klik butang [Check Eligibility ]
    • Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
  3. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
  4. Seterusnya, klik butang [Next].
  5. Klik pada [My Individual Account].
  6. Masukkan nombor MyKad anda.
  7. Kemudian, klik [Search].
  8. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  9. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  10. Selesai.

DAFTAR SKAS SARAWAK ID

Bagi yang belum mempunyai Sarawak ID, boleh mendaftar akaun seperti berikut :

  1. Sila klik pada laman web di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Daftar].
  3. Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
  4. Lengkapkan Profil anda.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
  7. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
  8. Seterusnya, Klik butang [Hantar].
  9. Masukkan OTP dan klik [Hantar].
  10. Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
  11. Kemudian, Klik [Teruskan].
  12. Pendaftaran berjaya.
  13. Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.

2 thoughts on “SKAS CHECK : CEK STATUS 2025 LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARAWAK (RM800 & RM400 & RM250)”

Leave a Comment