SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 : STATUS KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 : STATUS KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) diteruskan untuk sesi 2026, dengan amaun yang baharu bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di Sabah menerima bantuan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan asas harian.

Bagaimanakah semakan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SETIAP BULAN INI

SYUKUR SABAH 2026

Bantuan Kewangan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) ialah bantuan khas Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
  • Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
  • Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Kelayakan Bantuan Syukur Sabah terdiri daripada :

SYARATKELAYAKAN
KewarganegaraanWarganegara Malaysia
Had UmurBerumur 18 tahun ke atas
(sebelum 31 Disember 2026)
Status PenempatanBeralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
Negeri KelahiranKelahiran Sabah atau Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah)
Kategori PenerimaKetua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)
Kadar PendapatanPendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa

Syarat Tambahan :

  • Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN SEMASA

Pemohonan dan penerima bantuan Syukur Sabah mestilah berpendapatan dalam lingkungan berikut :

MISKINMISKIN TEGAR
Isi Rumah : RM2,843Isi Rumah : RM 1,257
Per Kapita (Sebulan) : RM720Per Kapita (Sebulan) : RM310

JUMLAH SYUKUR SABAH 2026

Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan Syukur Sabah Sabah seperti berikut :

FASA PEMBAYARANKADAR BANTUAN (RM)
Fasa 1
(Januari – Mac)
RM600
(3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan)
Fasa 2
(April – Jun)
RM600
(3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan)
Fasa 3
(April – Jun)
RM600
(3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan)
Fasa 4
(Oktober – Disember)
RM600
(3 Bulan Pembayaran = RM200 Per Bulan)

TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH

Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan SYUKUR Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

FASA PEMBAYARANTEMPOHTARIKH BAYARANKADAR BANTUAN (RM)
Fasa 1(Januari – Mac)11 Mac 2026RM600
Fasa 2(April – Jun)21 Mei 2026RM600
Fasa 3(April – Jun)Belum diumumkanRM600
Fasa 4(Oktober – Disember)Belum diumumkanRM600

KAEDAH PEMBAYARAN SYUKUR SABAH

Pengkreditan bantuan Syukur Sabah kepada penerima adalah seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
Penerima ada akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima secara online bank-in
Penerima tiada akaun bankPemberian secara tunai di kaunter bank atau secara cek di cawangan pejabat daerah berdekatan

SEMAKAN KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Status kelayakan penerima Bantuan Syukur Sabah secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
  5. Klik pada butang [Teruskan].
  6. Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  8. Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
  9. Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

UnUntuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/home/faq

Leave a Comment