SEMAKAN SYUKUR 2026 – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Bantuan Syukur atau rasminya Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dilaksanakan untuk membantu meringankan bebenan kewangan rakyat Sabah atau rakyat yang bermastautin di Sabah dengan memberikan bayaran sehingga RM2,400.
Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran Syukur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH BAYARAN RM200 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA
JUMLAH BAYARAN SYUKUR 2026
Untuk tahun 2026, Kerajaan Negeri Sabah memperuntukan bayaran Bantuan Syukur adalah sebanyak RM2,400 yang dibayar secara ansur berfasa sebanyak berikut :
| PERINGKAT FASA | JUMLAH BANTUAN | BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | RM200 – Jan RM200 – Feb RM200 – Mac | RM600 |
| Fasa 2 | RM200 – Apr RM200 – Mei RM200 – Jun | RM600 |
| Fasa 3 | RM200 – Jul RM200 – Ogos RM200 – Sep | RM600 |
| Fasa 4 | RM200 – Okt RM200 – Nov RM200 – Dis | RM600 |
TARIKH BAYARAN SYUKUR 2026
Berikut merupakan tarikh pelaksanaan bayaran Bantuan Syukur Sabah bagi setiap fasa :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 11 Mac 2026 |
| Fasa 2 | 21 Mei 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
CARA BAYARAN SYUKUR 2026
Terdapat tiga (3) pilihan cara terima bayaran Bantuan Syukur Sabah yang mengikut jenis penerima :
| PILIHAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| 1 | Bayaran secara pengkreditan dalam akaun bank (bagi penerima yang mempunyai akaun bank) |
| 2 | Bayaran secara tunai terus di kaunter bank atau pusat pemberian bantuan (bagi penerima yang tiada akaun bank) |
| 3 | Bayaran secara pengkreditan tanpa tunai dalam aplikasi YONO Superapp |
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan utama penerima Bantuan Syukur Sabah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Sabah dengan status MyKad ‘H’; atau
- Bermastautin di Sabah lebih satu tahun;
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah.
SEMAKAN SYUKUR 2026
Bagi yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Syukur Sabah, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SYUKUR Sabah di sini : https://padans.sabah.gov.my/.
- Halaman utama SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak].
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Semak].
- Status kelayakan penerima Syukur Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Syukur Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Syukur Sabah : 088 338 338
- Talian WhatsApp : 010-582 8207
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.