SEMAKAN EKASIH BAYARAN RM200 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Individu yang telah mendaftar eKasih akan secara automatik layak menerima bayaran sebanyak RM200 setiap bulan dan penerima yang telah direkodkan layak adalah seramai lebih 500,000 ribu individu.
Bagaimanakah semakan eKasih bayaran RM200? Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SENARAI TERBARU BARANG MYKASIH YANG BOLEH BELI GUNA MYKAD
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN RM200
Bukan semua rakyat Malaysia layak menerima bayaran RM200 kerana ianya terhad diberikan kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) RM1,189 hingga RM2,705 (Miskin & Miskin Tegar) |
| Status e-Kasih | Tersenarai dalam rekod data e-Kasih 2026 |
| Status STR | Lulus Permohonan STR 2026 |
TARIKH BAYARAN EKASIH RM200
Berikut merupakan tarikh bayaran RM200 kepada penerima yang layak untuk tahun 2026 :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN | STATUS |
|---|---|---|
| 9 Januari 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 Februari 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 Mac 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 April 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 Mei 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 Jun 2026 | RM200 | ✅ |
| 1 Julai 2026 | RM200 | 🔜 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 | 🔜 |
| 1 September 2026 | RM200 | 🔜 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 | 🔜 |
| 1 November 2026 | RM200 | 🔜 |
| 1 Disember 2026 | RM200 | 🔜 |
MEDIUM BAYARAN EKASIH RM200
Pembayaran sebanyak RM200 bukanlah diberikan secara tunai, tetapi dilaksanakan melalui medium bayaran seperti berikut :
| CARA BAYARAN | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Bayaran secara tanpa tunai setiap bulan | Kredit melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima |
SEMAKAN EKASIH BAYARAN RM200
Untuk yang telah mendaftar eKasih, status kelayakan boleh disemak secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Halaman utama Portal eKasih aka dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tandakan pada kotak [ ] “I’m not a robot”.
- Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status kelayakan eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah mengetahui status kelayakan eKasih, teruskan buat semakan kelayakan sebagai penerima bayaran SARA RM200 seperti berikut :
- Sila layari Portal SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Halaman utama Portal SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima bayaran RM200 setiap bulan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.