LOGIN STR 2026 : SEMAKAN STR FASA 3
Bagi memastikan kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tidak terjejas, pemohon digalakkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa. Untuk tujuan tersebut, pemohon perlu log masuk (login) ke akaun MySTR melalui Portal Rasmi STR.
Bagaimanakah login STR 2026? Ikuti panduan lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA DAFTAR MYSTR 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER AKAUN PENGGUNA
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap kategori penerima bayaran Bantuan STR :
| Kategori | Syarat Kelayakan |
|---|---|
| Isi Rumah | -Warganegara Malaysia. -Berkahwin ada / tiada anak. -Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda ada anak. -Pendapatan RM2,500 dan ke bawah; atau -Pendapatan bulanan RM2,501 hingga RM5,000. |
| Warga Emas Tiada Pasangan | -Warganegara Malaysia. -Berumur 60 tahun dan ke atas. -Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda tiada anak. -Pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
| Bujang | -Warganegara Malaysia. -Umur bermula 21 hingga 59 tahun; Manakala -OKU Bujang bermula 19 hingga 59 tahun. -Ibu bapa tunggal / balu / duda / janda tiada anak. -Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS. -Pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
LOGIN STR 2026
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kini dengan wajah dan fungsi yang baharu supaya memudahkan rakyat mengakses untuk Log Masuk (Login) bagi kemaskini permohonan dan semakan status kelayakan bayaran.
Berikut merupakan pautan Portal Rasmi STR yang sah oleh Kerajaan Malaysia :
| Perkara | Pautan |
|---|---|
| Portal Rasmi STR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 dijadualkan disalurkan kepada penerima yang layak dalam beberapa fasa sepanjang tahun 2026. Bagi Fasa 3, Kerajaan Malaysia masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh bayaran bantuan tersebut.
| STR 2026 | Tarikh Bayaran |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | Akan dikemaskini |
| Fasa 4 | – |
CARA LOGIN AKAUN MySTR 2026
Bagi pengguna / pemohon yang belum mengetahui cara login akaun MySTR, anda boleh ikuti panduan login yang mudah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk MySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah sama seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan sekiranya anda berjaya login.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR 2026
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Untuk dapatkan balik kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, klik [Semak].
- Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
- Seterusnya, tekan butang [Hantar].
- Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
- Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbangan Tunai Rahmah 2026.
- Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
- ID Pengguna : No MyKad anda.
- Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
- Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
- Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Terus klik butang [Semakan Permohonan].
- Status permohonan akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN STR FASA 3
Sekiranya pengguna / pemohon ingin mengetahui status kelayakan permohonan, anda boleh ikuti panduan cara semakan status STR yang lengkap seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada Halaman Utama Log Masuk MySTR, masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan butang [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026 FASA 3
Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada rakyat melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kadar yang berbeza setiap kategori penerima seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan Kasar RM2,500 dan Ke Bawah
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN 2026 | BAYARAN FASA 1 | BAYARAN FASA 2 | BAYARAN FASA 3 | BAYARAN FASA 4 |
|---|---|---|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM700 hingga RM2,200 | RM300 hingga RM500 | RM150 hingga RM600 | RM150 hingga RM600 | |
| Isi Rumah M40 | RM200 hingga RM950 | RM100 hingga RM300 | RM100 hingga RM300 | RM100 hingga RM250 | |
| Warga Emas | RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | |
| Bujang | – | – | – | – | – |
Bermula sesi 2026, penerima STR kategori bujang akan menerima bantuan SARA melalui kaedah tanpa tunai di MyKad berjumlah RM600 (agihan RM50 setiap bulan). Perubahan ini menggantikan pemberian tunai secara terus bagi menjamin akauntabiliti perbelanjaan, membolehkan penerima memperoleh barangan keperluan asas dengan lebih sistematik di premis peruncitan terpilih di seluruh negara.
*Nota: Sila maklum bahawa perincian jumlah bantuan STR 2026 Fasa 3 kini sedang diperhalusi pada peringkat akhir oleh kementerian berkaitan. Kami memberikan komitmen penuh untuk memutakhirkan maklumat secara masa nyata (real-time) sejurus selepas pengumuman rasmi diterbitkan bagi menjamin integriti data dan kesahihan maklumat buat rujukan awam.
MAKLUMAT LANJUT
Semua yang ditulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi MySTR. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.