SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
Terkini, bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua (2) akan mula dibayar kepada 8.5 juta penerima Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang bermula pada 24 Mac 2025, Isnin (hari ini) dan berperingkat bergantung kepada status kelayakan penerima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan STR Fasa 2? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MELEPASI STATUS STR FASA 2 2025
Terdapat pertambahan bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua (2), iaitu seramai 0.2 juta individu yang telah melepasi status kelayakan dan menjadikan keseluruhan penerima yang akan menerima bayaran Fasa Dua (2) adalah seramai 8.5 juta.
JADUAL BAYARAN STR FASA 2 2025
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua (2) adalah dijadualkan seperti berikut :
KAEDAH PENERIMAAN | TARIKH STR FASA 2 2025 |
---|---|
Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 24 Mac 2025 (Isnin) |
Kredit dalam akaun bank penerima | 24 Mac 2025 (Isnin) – 27 Mac 2025 (Khamis) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Peruntukan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan melibatkan sebanyak RM1.7 billion untuk disalurkan mengikut jumlah setiap kategori seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Berkahwin (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak).
ISI RUMAH B40 (Pendapatan RM2,500 ke bawah) | ISI RUMAH M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) |
---|---|
RM150 hingga RM650 (Bergantung bilangan anak) | RM100 hingga RM300 (Bergantung bilangan anak) |
- KATEGORI BUJANG :
- Belum Berkahwin / Balu / Duda / Janda (tiada anak).
BUJANG UMUR 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG UMUR 60 TAHUN DAN KE ATAS |
---|---|
RM150 | RM150 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
Knapa sya pnye status pemohon msh dlm proses ..sedang kn sya sgt memerlukan str
Kalau B40 Saja Yang layak macam dengan M40 Yang selalu Di singgirkan Dan tidak ambil berat. Adakah ini Adil Dan macam mana Kita nak sokong anak-anak Kita kalau kerajaan tidak ambil berat dalam hal ini? Atau adakah kerajaan Kira Dari mana Yang Kita melebihi gaji Dan Kiraan Dari gaji Dari mana? Harap kerajaan ambil berat dalam hal ini. Terima kasih